
30
Mengawal Kamera dengan Telefon Pintar
. Telefon pintar yang tidak menyokong Bluetooth Smart
Konfigurasikan tetapan sambungan LAN wayarles (input SSID kamera dan kata
laluan).
1. Pada kamera, tekan dan tahan [p] (Kuasa) selama lebih kurang dua
saat untuk mematikan kuasa.
2. Pada kamera, semasa menekan dan menahan [0] (Filem), tekan dan
tahan [p] (Kuasa) untuk kira-kira satu saat.
Lampu sambungan LAN wayarles kamera akan berkelip biru.
3. Untuk tetapan Wi-Fi telefon pintar, masukkan SSID dan kata laluan
kamera untuk membuat sambungan LAN wayarles antara kamera dan
telefon pintar.
Apabila telefon pintar membuat sambungan LAN wayarles dengan kamera,
lampu sambungan LAN wayarles kamera menyala biru.
• Apa yang anda perlu lakukan untuk membuat sambungan LAN wayarles
bergantung kepada jenis telefon pintar yang anda gunakan. Untuk butiran
tentang cara membuat sambungan LAN wayarles, lihat dokumentasi
pengguna yang disertakan bersama telefon pintar anda.
• SSID (yang tidak boleh diubah) dan kata laluan (lalai asal) kamera ditunjukkan
di bawah.
SSID: Rujuk helaian “[Important] About the camera’s SSIDˮ yang disertakan
bersama kamera secara berasingan.
Kata laluan: 00000000
4. Pada telefon pintar, mulakan “EXILIM Connect”.
. Apa yang perlu dilakukan jika anda tidak boleh mewujudkan
sambungan LAN wayarles antara kamera dan telefon pintar.
Masalah ini boleh berlaku apabila telefon pintar sudah bersambung secara tanpa
wayar ke salah satu rangkaian atau peranti di bawah. Pergi ke tetapan Wi-Fi telefon
pintar anda dan pilih SSID kamera ini.
– LAN wayarles rumah
– LAN tanpa wayar awam
– Peranti LAN tanpa wayar mudah alih
Komentáře k této Příručce