Casio EX-TR75 Uživatelský manuál Strana 132

  • Stažení
  • Přidat do mých příruček
  • Tisk
  • Strana
    / 159
  • Tabulka s obsahem
  • KNIHY
  • Hodnocené. / 5. Na základě hodnocení zákazníků
Zobrazit stránku 131
132
Lampiran
Sila maklum juga bahawa peranti lain yang menggunakan jalur 2.4 GHz yang sama
seperti produk ini mungkin menyebabkan pengurangan kelajuan pemprosesan dalam
kedua-dua peranti.
Sambungan ke LAN awam
Produk ini tidak menyokong sambungan LAN wayarles dalam persekitaran LAN
wayarles awam.
Kawasan Penggunaan Sasaran
Fungsi LAN wayarles yang terbina dalam kamera ini adalah untuk kegunaan di
Jepun. Penggunaan kamera ini di luar Jepun memiliki risiko pelanggaran akta radio
tempatan dan akta-akta lain. Ambil perhatian bahawa CASIO COMPUTER CO., LTD.
tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku pelanggaran tersebut.
. Peringatan Lain
Kamera mungkin menjadi panas sedikit semasa digunakan. Ini adalah biasa dan
tidak menunjukkan kepincangan tugas.
. Hak Cipta
Kecuali untuk kegunaan peribadi anda, penggunaan tanpa kebenaran imej syot kilat
atau filem yang haknya dimiliki orang lain, tanpa kebenaran pemilik yang sah, adalah
dilarang oleh undang-undang hak cipta. Dalam sesetengah kes, penggambaran
persembahan, pertunjukan, pameran awam dsb. mungkin dilarang sama sekali,
walaupun ia adalah untuk kegunaan peribadi anda. Tidak kira sama ada fail tersebut
dibeli oleh anda atau didapati secara percuma, menyiarkan pada laman web, laman
perkongsian fail atau mana-mana laman Internet lain atau mengedar fail kepada
pihak ketiga tanpa kebenaran pemilik hak cipta adalah dilarang sama sekali oleh
undang-undang hak cipta dan perjanjian antarabangsa. Sebagai contoh, memuat
naik atau mengedar imej Internet program TV, konsert langsung, video muzik dsb.
yang ditangkap atau direkod oleh anda mungkin melanggar hak orang lain. Ambil
perhatian bahawa CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak bertanggungjawab terhadap
penggunaan produk dalam sebarang cara yang melanggar hak cipta orang lain atau
mencabul undang-undang hak cipta.
Perhatikan bahawa cap dagang
dan cap dagang berdaftar
®
tidak digunakan
dalam teks manual ini.
Logo microSDXC adalah cap dagang SD-3C, LLC.
Windows, Windows Vista, Windows 7, Windows 8.1, dan Windows 10 adalah
tanda dagang berdaftar atau tanda dagang Microsoft Corporation di Amerika dan
negara-negara yang lain.
Macintosh, Mac OS, QuickTime, iPhoto dan iPhone ialah tanda dagangan Apple
Inc.
Adobe dan Reader ialah sama ada tanda dagangan berdaftar atau tanda
dagangan Adobe Systems Incorporated di Amerika Syarikat dan/atau negara lain.
Android dan Google Play ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar
Google Inc.
Terma berikut, yang digunakan dalam manual ini, adalah cap dagangan berdaftar
atau cap dagangan pemilik mereka yang berkenaan.
Zobrazit stránku 131
1 2 ... 127 128 129 130 131 132 133 134 135 136 137 ... 158 159

Komentáře k této Příručce

Žádné komentáře