
102
Lampiran
. Kanta
• Jangan kenakan tekanan yang kuat semasa membersihkan permukaan kanta.
Perbuatan itu boleh mencalarkan permukaan kanta dan menyebabkan kerosakan.
• Kadang kala anda mungkin terlihat beberapa herotan pada jenis imej tertentu,
seperti bengkok sedikit di garisan yang sepatutnya lurus. Ini adalah kerana sifat
kanta tersebut dan tidak bermakna kamera telah rosak.
. Menjaga kamera anda
• Jangan sekali-kali menyentuh lensa menggunakan jari. Kesan jari, kotoran dan
benda asing lain pada lensa boleh mengganggu pengendalian kamera yang betul.
Gunakan peniup atau kaedah lain untuk memastikan lensa dan tetingkap denyar
bebas daripada habuk dan kotoran, dan lap perlahan menggunakan kain kering
yang lembut.
• Untuk membersihkan kamera, lap kamera dengan kain lembut yang kering.
Komentáře k této Příručce