
82
Menggunakan Kamera dengan Komputer
• Jangan menanggalkan kabel USB atau mengendalikan kamera semasa melihat
atau menyimpan imej. Perbuatan itu boleh merosakkan data.
• Anda juga boleh menggunakan slot kad komputer anda (jika ia memilikinya) atau
pembaca kad yang tersedia secara komersial untuk mencapai fail imej secara
terus dari kad memori komputer. Untuk butiran, lihat dokumen pengguna yang
disertakan bersama komputer anda.
.
Untuk menyambungkan kamera ke komputer anda dan menyimpan fail
1.
Matikan kamera dan kemudian
gunakan kabel USB mikro yang
disertakan bersama kamera
untuk menyambungnya ke
Macintosh anda.
• Untuk butiran tentang
menyambungkan kamera dan
langkah berjaga-jaga apabila
menyambungkan, lihat halaman
18.
2. Buka kamera untuk menghidupkannya.
• Apabila anda menghidupkan kamera, semak untuk pastikan yang warna lampu
operasi kamera bertukar daripada merah kepada hijau atau ambar (halaman
19). Dalam mod ini, Macintosh anda mengenali kad memori yang dimuat
dalam kamera (atau memori terbina dalam kamera jika ia tidak dimuatkan
dengan kad memori) sebagai pemacu. Rupa ikon pemacu bergantung pada
versi Mac OS yang anda gunakan.
• Kali pertama anda menyambungkan kamera ke Macintosh anda menggunakan
kabel USB, mesej ralat mungkin muncul pada komputer anda. Jika ini berlaku,
tanggalkan dan kemudian sambungkan semula kabel USB itu.
Menyambung Kamera pada Komputer Anda dan Menyimpan
Fail
Jangan menggunakan komputer anda untuk mengubah suai, memadam,
mengalih atau menamakan semula sebarang fail imej yang berada dalam
memori terbina dalam kamera atau pada kad memorinya.
Perbuatan itu akan menyebabkan masalah pada data pengurusan imej kamera,
yang akan menjadikannya mustahil untuk memain semula imej pada kamera dan
boleh menukar kapasiti memori yang tinggal secara drastik. Apabila anda mahu
mengubah suai, memadam, mengalih atau menama semula imej, lakukannya
hanya pada imej yang disimpan pada komputer anda.
Kabel USB Mikro
(disertakan bersama kamera)
[USB] port
Komentáře k této Příručce