Casio TR-M11 Uživatelský manuál Strana 19

  • Stažení
  • Přidat do mých příruček
  • Tisk
  • Strana
    / 129
  • Tabulka s obsahem
  • KNIHY
  • Hodnocené. / 5. Na základě hodnocení zákazníků
Zobrazit stránku 18
19
Asas Mula Pantas
Operasi Lampu Operasi
Maklumat dalam tanda kurungan dalam jadual di atas menunjukkan status lampu
semasa kamera dihidupkan semasa pengecasan.
Peringatan Pengecasan Lain
Dengan dua kaedah mengecas yang diterangkan di atas, anda boleh mengecas
bateri kamera tanpa mengalihkannya daripada kamera. Jangan gunakan sebarang
jenis peranti pengecas lain. Percubaan untuk menggunakan pengecas lain boleh
menyebabkan kemalangan yang tak dijangka.
Model ini hanya boleh dicas daripada port usb spesifikasi USB 2.0.
Peranti bekalan kuasa dan peranti pengecasan USB tertakluk pada standard yang
ditetapkan. Penggunaan peranti kurang bermutu atau peranti yang tidak
memenuhi standard boleh menyebabkan kerosakan dan/atau kegagalan kamera
anda.
Operasi tidak dijamin sekiranya anda menggunakan komputer yang dibina atau
diubah suai sendiri. Walaupun anda menggunakan komputer yang tersedia secara
komersial, spesifikasi port USB tertentu mungkin memustahilkan pengecasan
menggunakan kabel USB.
Bateri yang masih panas sebaik sahaja selepas penggunaan biasa mungkin tidak
mengecas sepenuhnya. Berikan bateri masa untuk sejuk sebelum mengecasnya.
Bateri menyahcas sedikit walaupun semasa ia tidak dimuat dalam kamera. Kerana
itu, anda disarankan supaya mengecas bateri segera sebelum anda perlu
menggunakannya.
Mengecas bateri kamera mungkin menyebabkan gangguan dengan penerimaan
TV dan radio. Jika ini berlaku, pasang penyesuai USB-AC ke sumber kuasa yang
lebih jauh daripada TV atau radio.
Masa pengecasan sebenar bergantung pada kapasiti bateri semasa dan keadaan
pengecasan.
Jangan gunakan penyesuai USB-AC dengan mana-mana peranti lain.
Jangan menggunakan kord kuasa dengan peranti lain.
Hanya guna penyesuai USB-AC dan kabel USB yang dinyatakan dalam manual ini
untuk mengecas. Penggunaan sebarang jenis peranti lain mungkin mengakibatkan
pengecasan yang pincang.
Status Lampu Penerangan
Menyala Merah,
(Menyala/Berkelip
Ambar)
Mengecas
Berkelip Merah
Suhu sekeliling tak normal,
pengecasan mengambil masa yang
sangat lama atau masalah bateri
(halaman 115)
Mati, (Hijau Menyala) Pengecasan selesai
Lampu operasi
Zobrazit stránku 18
1 2 ... 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 ... 128 129

Komentáře k této Příručce

Žádné komentáře