
64
Menyambungkan Kamera ke Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
• Selepas kamera dipasangkan, operasi teknologi wayarles Bluetooth akan
menggunakan kuasa bateri walaupun ketika kamera dimatikan. Kerana itu, anda
disarankan supaya mengecas bateri kamera sebelum anda merancang untuk
menggunakannya.
. Telefon pintar yang tidak menyokong Bluetooth low energy
technology
Konfigurasikan tetapan sambungan LAN wayarles (input SSID kamera dan kata
laluan).
1. Sentuh “Mod Wayarles”.
2. Sentuh “Rakam dengan telefon”.
3. Sentuh “Mula”.
Ini akan mendayakan sambungan dengan telefon pintar
dan kamera akan memaparkan skrin untuk input SSID
dan kata laluan.
4. Untuk tetapan Wi-Fi telefon pintar, masukkan
SSID dan Kata Laluan kamera.
Apabila mesej “Mulakan aplikasi telefon.” dipaparkan pada skrin pemantau
kamera, ini bermakna telefon pintar telah membuat sambungan wayarles
bersama kamera.
• Apa yang anda perlu lakukan untuk mewujudkan sambungan LAN wayarles
bergantung kepada jenis telefon pintar yang anda gunakan. Untuk butiran
tentang cara membuat sambungan LAN wayarles, lihat dokumentasi
pengguna yang disertakan bersama telefon pintar anda.
. Apa yang perlu dilakukan jika anda tidak dapat membuat
sambungan LAN wayarles di antara kamera dan telefon pintar.
Masalah ini mungkin berlaku apabila telefon pintar telah disambungan secara
wayarles kepada salah satu rangkaian atau peranti di bawah. Pergi ke tetapan Wi-Fi
telefon pintar anda dan pilih SSID kamera ini.
– LAN tanpa wayar rumah
– Household wireless LAN
– Peranti LAN tanpa wayar mudah alih
Komentáře k této Příručce