
120
Lampiran
Apabila mengalami masalah...
Pencarisilapan
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan
Bekalan Kuasa
Kuasa tidak hidup. 1)Bateri kamera baru tidak dicas. Cas bateri kamera sebelum
menggunakan kamera.
2)Bateri kamera mungkin telah habis. Caskan bateri (halaman
15). Jika ini tidak menyelesaikan masalah, hubungi penjual
anda atau pusat perkhidmatan sah CASIO.
Kamera terpadam
secara tiba-tiba.
1)Kamera direka bentuk supaya dimatikan secara automatik
selepas tiada operasi dilakukan dalam masa lima minit.
Hidupkan kuasa semula.
2)Bateri mungkin telah mati. Caskan bateri (halaman 15).
3)Fungsi perlindungan kamera mungkin telah diaktifkan
kerana suhu kamera terlalu tinggi. Matikan kamera dan
tunggu sehingga ia sejuk sebelum mencuba untuk
menggunakannya semula.
Kuasa tidak dapat
dimatikan. Tiada
apa-apa yang
berlaku apabila
butang ditekan.
Tahan ke bawah butang pengatup selama kira-kira 10 saat
untuk menetap semula kamera.
Mengecas
Lampu operasi tidak
bercahaya merah
dan bateri tidak
akan dicas.
1)Tanggalkan kabel USB daripada kamera dan kemudian
sambungkannya semula.
2)Pastikan kamera dimatikan apabila anda menyambungkan
kabel USB. Pengecasan tidak akan bermula jika anda
menyambung kabel USB semasa kuasa dihidupkan.
Rakaman Imej
Imej tidak dirakam
apabila butang
pengatup ditekan.
1)Jika kamera dalam mod MAIN, sentuh “ ” (RKM) untuk
memasuki mod RKM.
2)Jika mesej “Memori Penuh” muncul, pindah imej ke dalam
komputer anda, padam imej yang anda tidak perlukan lagi
atau guna kad memori lain.
Imej tidak terfokus
dengan betul.
1)Jika lensa kotor, bersihkannya.
2)Subjek mungkin tidak berada di tengah bingkai fokus
semasa anda menyediakan imej.
3)Anda mungkin menggerakkan kamera semasa
penggambaran. Letakkan kamera di atas meja atau
permukaan stabil lain, atau cari cara untuk memastikan
kamera tidak bergerak.
4)Anda mungkin menekan penuh butang pengatup tanpa
menunggu Fokus Auto. Tekan separuh butang pengatup
dan beri masa yang cukup untuk Fokus Auto memfokus.
Komentáře k této Příručce